Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Hadapan HTC One M10 mula tersebar

htc one m10 leaks

Menurut satu laporan terbaru, HTC telah memutuskan untuk melancarkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka di satu majlis berasingan dan bukanya di MWC yang akan berlangsung di Barcelona didalam masa beberapa mingu sahaja lagi.

Keputusan ini dilihat sesuatu yang wajar memandangkan LG G5 dan Samsung Galaxy S7 telah disahkan akan dilancarkan di MWC dan sudah pastinya akan mendapat perhatian tinggi.

Satu gambar HTC One M10 kini telah tersebar dan ini memberikan kita sedikit sebanyak imaginasi akan reka bentuk telefon pintar terbaru HTC ini.

Pandangan hadapan HTC One M10 ini menunjukkan bahawa logo HTC tidak akan diletakkan di hadapan dan terdapat satu butang fizikal di bawah skrin yang juga akan mempunyai sebagai sensor capjari.

Selain itu, pada sisi kanan telefon pintar, terdapat butang suara dan butang kuasa dan anda boleh membezakan kedua butang ini dengan mudah tanpa perlu melihat kerana butang kuasa hadir dengan ukiran bergerigi.

Selain itu, Kamera yang hadapan yang dimiliki oleh HTC One M10 ini juga dilihat hadir dengan kamera yang mempunyai sensor yang besar.

HTC One M10 hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya iaitu sama seperti generasi One M sebelum ini.

HTC One M10 dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED QHD berukuran 5.1-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM , 32GB RAM , slot microSD , kamera UltraPixel 12MP dengan OIS dan pemfokusan laser dan UI HTC Sense 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.