Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG G4 Dual LTE kini ditawarkan pada harga hebat, hanya RM 1,699

LG G4 Dual LTE Malaysia

Seperti yang kami laporkan minggu lalu, LG secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi telefon pintar utama mereka yang terbaru iaitu LG G5 akan dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Bercakap mengenai telefon pintar utama semasa LG iaitu LG G4, ianya kini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu sempena perayaan tahun baru cina ini dan harga penjualan model ini adalah RM 1,699 termasuk GST.

LG G4 ini hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.5-inci , pemproses Qualcomm Snapdragon 808 yang turut memiliki modem LTE X10, 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan slot microSD yang mampu menyokong tambahan 2TB.

Selain itu, LG G4 juga hadir dengan kamera utama 16MP yang disertakan dengan optik pengstabilan imej dan pemfokusan laser. Kamera selfie LG G4 ini adalah 8MP.

Selain itu, salah satu ciri menarik yang dimiliki telefon pintar ini adalah kebolehan untuk menyokong dua SIM dibawah rangkaian 4G LTE pada masa yang sama.

Selain itu, LG G4 Dual LTE ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh , Android 5.1 Lollipop dan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac.

LG G4 Dual LTE ini ditawarkan didalam warna putih dan kini boleh dibeli melalui wakil pengedar sah LG di Sunway Pyramid sahaja. (LG Mobile Specialised Store, unit 55, Digital Centre).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.