Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OpenSignal : Malaysia mempunyai purata kelajuan 4G LTE ke-8 paling teruk didunia

4g lte global opensignal

Persaingan untuk mendakwa sesebuah syarikat telekomunikasi mempunyai liputan 4G LTE di Malaysai bukanlah sesuatu yang baru. Jika Digi mengeluarkan kenyataan mereka adalah penyedia rangkaian 4G LTE terluas di pasaran, Maxis juga akan tampil dengan fakta mereka yang tersendiri.

Bercakap mengenai kelajuan rangkaian 4G LTE di pasaran Malaysia, walaupun banyak syarikat mendakwa mereka mampu menawarkan kelajuan internet sehingga 75Mbps dibawah rangkaian 4G LTE , OpenSignal telah mengeluarkan carta yang membandingkan kelajuan rangkaian 4G LTE diseluruh dunia dan sudah pasti ianya adalah berita buruk bagi kita di sini.

Jika mahu bercakap mengenai negara yang mempunyai rangkaian 4G LTE yang terpantas, kita tidak perlu melihat jauh kerana negara jiran kita iaitu Singapura adalah negara yang mempunyai rangkaian 4G LTE terpantas didunia iaitu purata kelajuan 37Mbps diikuti oleh New Zealand dengan purata kelajuan 29Mbps manakala tempat ketiga adalah Hungary dan Israel dengan 28Mbps.

Ok, beralih kepada negara kita, Malaysia mempunyai kelajuan 4G LTE purata iaitu hanya 12Mbps dan kelajuan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-8 dari bawah berkongsi kedudukan dengan negara 8 negara lain termasuk Thailand dan Jepun.

Bercakap mengenai penyedia 4G LTE terpantas di Malaysia, seperti yang dianugerahkan oleh Ookla, UMobile merupakan penyedia 4G LTE terpantas iaitu dengan purata kelajuan 15Mbps manakala Maxis dan Digi mempunyai purata kelajuan 12Mbps diikuti oleh Celcom di tanggan keempat dengan purata kelajuan 4G LTE 11Mbps.

Segala maklumat mengenai statistik 4G LTE boleh anda lihat di sini

purata-kelajuan-4g-lte-malaysia Opensignal-LTE-2015-MAlaysia-2 maxis terpantas average 4g lte di malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.