Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 5se dan iPad Air 3 dilaporkan akan dilancarkan 15 Mac 2016 – MobileFokus

apple event

Sudah lama kami perkatakan bahawa Apple akan mengadakan satu majlis pelancaran pada bulan Mac ini dan pada majlis ini kita mungkin akan menyaksikan pelancaran Apple iPhone 4.0-inci dan model baru Apple Watch.

Laporan terbaru mengatakan, Apple iPad Air 3 akan turut berkongsi pentas pada bulan Mac ini bersama-sama Apple iPhone 4.0-inci dan model baru Apple Watch.

Selain itu, tarikh spesifik mengenai akan bila pelancaran ini akan diadakan juga telah dikeluarkan dan ianya dilaporkan akan berlangsung pada 15 Mac dimana Apple iPhone 5se dan Apple iPad Air 3 dilancarkan secara rasmi.

Bercakap mengenai Apple Watch pula, mungkin terlalu awal untuk Apple melancarkan generasi baru jam pintar ini namun pasti akan ada maklumat mengenainya dikongsikan pada 15 Mac. Selain itu, Apple dijangka akan memperkenalkan beberapa varian baru Apple Watch selain beberapa tali jam yang menggunakan bahan yang belum pernah diperkenalkan pada Apple Watch.

sumber

Apple iPhone 5se dilihat akan hadir dengan ukuran dimensi yang sama seperti Apple iPhone 5s namun dengan reka bentuk seperti iPhone 6s. Apple iPhone 5se ini dilaporkan akan hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB.

Antara ciri yang dimiliki oleh Apple iPhone 5se ini adalah pemproses Apple A9, sokongan pengambilan gambar Live Photo , Apple Pay dan kamera yang lebih baik berbanding 5s.

Bercakap mengenai tablet Apple iaitu iPad Pro 3 ,ianya dilhat akan mewarisi sedikit ciri daripada iPad Pro seperti pembesar suara di 4 bahagian dan port ‘ Smart Connector’. Selain itu, iPad Air 3 juga mungkin menjadi tablet iPad pertama untuk hadir dengan lampu flash LED.

Tarikh Mac 15 kini sudah pastinya akan menjadi antara tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ‘Apple Fan Boy’.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.