Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom melancarkan pakej internet prabayar FATTNET – 8GB , RM 88 sebulan

image

Celcom semalam telah memperbaharui pelan FiRST Gold mereka dengan menawarkan 10GB internet selain panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian dan pelan ini adalah respon kepada pelan SmartPlan 75 daripada Digi yang hadir dengan 7GB internet dan panggilan percuma.

Celcom hari ini telah mengumumkan satu lagi pakej internet yang dilancarkan khas sempena tahun baru cina dan ianya adalah pakej internet untuk pelanggan prabayar xpax dan pakej ini dikenali sebagai FATTNET.

Pelan FATTNET ini hadir dengan 8GB kuota internet harian ( tanpa sebarang pecahan) , percuma Yonder music tanpa had selama 12 bulan , percuma internet burung hantu ( dari pukul 1 pagi sehingga 7 pagi setiap hari ) , dan percuma 88 minit waktu panggilan dan 88 SMS ke rangkaian yang sama.

Pakej internet FATTNET ini hadir dengan yuran bulanan RM 88 dan ianya hanya akan ditawarkan buat masa terhad iaitu dari 5 Februari sehingga 31 Mac 2016.

Untuk melanggan pakej internet ini, pengguna pelan prabayar xpax hanya perlu menghantar sms ke 2882 dengan menaip NET88.

Pakej Internet ini adalah antara pelan yang menawarkan kuota internet tertinggi dan dengan kuota internet tanpa had pada waktu bukan puncak, pelan FATTNET ini pasti mendapat sambutan yang menggalakan.

Antara pakej internet yang ditawarkan kepada pelanggan xpax Celcom turut telah disenaraikan pada gambar dibawah.

image

Gambar ini pula membandingkan penawaran pakej internet ini dengan pakej dari syarikat telekomunikasi lain.

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.