Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi menawarkan sehingga 1.5GB internet percuma dengan setiap tambah nilai

digi prepaid free internet

Selepas melancarkan Pelan pascabayar Digi yang baru iaitu SmartPlan 75 yang hadir dengan 7GB internet dan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian, Digi kini telah melancarkan satu lagi insiatif khas kepada pelanggan prabayar mereka.

Pelanggan pelan prabayar Digi yang baru iaitu pelan Digi Smart Prepaid dan Digi Best Prepaid kini mampu menikmati internet percuma dengan setiap tambah nilai yang melebihi RM 10.

digi prepaid free internet-1

Dengan melakukan tambah nilai RM 10, anda akan menerima 300MB kuota internet berkelajuan tinggi secara percuma dan ianya hadir dengan tempoh sah selama 10 hari. Anda boleh melakukan maksima 5 kali tambah nilai RM 10 untuk menerima 1.5GB internet percuma.

Jika anda melakukan tambah nilai RM 20 anda akan menerima 750MB kuota internet percuma dengan tempoh sah 20 hari selain 2 kali tambah nilai setiap bulan.

Jika anda melakukan tambah nilai RM 30 dan ke atas, anda akan menerima 1.5GB internet percuma dan dengan tempoh sah 30 hari. Tambah nilai ini adalah yang terbaik kerana anda menerima 1.5GB sekaligus dan ianya mempunyai tempoh sah 30 hari.

Untuk menebus internet percuma ini anda perlu mendail *888*1#.

digi prepaid free internet-2

Selain itu, jika 1.5GB tidak mencukupi anda juga boleh melanggan tambahan 1.5GB Internet dengan kadar bulanan RM 30 dan anda juga akan menerima 500MB ( untuk FB, YouTube atau Kuota) percuma menjadikan keseluruhan 3.5GB pada harga RM 30 sahaja.

Maklumat lanjut di SINI

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.