Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile melancarkan pelan Hero+ hadir dengan 10GB Internet

umobile hero plus

Umobile kini secara rasminya telah mengumumkan pelan pascabayar Hero+ yang mana ianya hadir dengan keseluruhan 10GB data dan panggilan percuma tanpa had yang anda boleh kongsikan dengan ahli keluarga anda.

umobile hero plus-3

Pelan UMobile Hero+ ini hadir dengan bayaran bulanan RM 120 dan anda akan mempunyai dua nombor berlainan yang akan turut hadir dengan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian.

Selain itu, pengguna juga boleh menambah tambahan 2 lagi nombor ‘supplementary’ dengan tambahan bayaran RM 60 setiap satu dan ianya hadir dengan 3GB internet tambahan (bagi satu nombor tambahan).

Secara keseluruhan anda boleh mempunyai 4 nombor dan dengan kos bulanan RM 220 atau sekitar RM 55 bagi setiap nombor.

umobile hero plus-5

Pelan Hero+ dikatakan akan pelan terbaik di pasaran dan yuran bagi nombor tambahan yang dikenakan adalah paling rendah antara 4 syarikat telekomunikasi utama di Malaysia.

Pelan Hero+ UMobile kini di tawarkan untuk pendaftaran dan makluma lanjut mengenai pelan pascabayar ini boleh anda ketahui di SINI.

Selain itu, Digi juga telah melancarkan pelan SmartPlan 75 yang hadir dengan panggilan percuma selain 7GB kuota internet percuma dan Digi dilihat memperli pelan Hero UMobile yang hadir dengan 7GB Internet dan panggilan percuma pada bayaran bulanan RM 70 sebulan.

Dengan pelancaran dua pelan baru ini, perang didalam industri telekomunikasi bagi tahun 2016 telah bermula secara rasmi.

umobile hero plus-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.