Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 Plus akan dilancarkan pada bulan April

oppo f1 plus malaysia

Minggu lalu, Malaysia menjadi negara kedua selepas Vietnam untuk menerima model telefon pintar didalam siri F iaitu Oppo F1 dan semalam, Oppo telah melancarkan model ini di pasaran India.

Walaubagaimanapun, pada majlis pelancaran Oppo F1 yang berlangsung di Mumbai semalam, syarikat ini telah melakukan satu pengumuman bahawa satu lagi model didalam siri F ini akan dilancarkan pada bulan April.

Oppo telah mengumumkan bahawa Oppo F1 Plus akan menjadi model kedua didalam siri F dan ianya disahkan akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dan 4GB RAM berbandin skrin paparan HD dan 3GB RAM yang ditawarkan pada F1.

Seperti yang kita sedia maklum, Siri Oppo F ini adalah satu siri yang dipasarkan sebagai telefon pintar pro selfie dan Oppo F1 Plus akan hadir dengan ciri selfie yang lebih baik dan kemungkinan juga dengan kamera yang lebih tinggi resolusi nya.

Selain itu, Oppo F1 Plus dijangka akan memiliki spesifikasi yang sama seperti Oppo F1 iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 615 , kamera utama 13MP , sokongan 4G LTE , dwi-SIM dan akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti siri Oppo R7 dan tidak lupa Oppo F1.

Selain itu, Oppo turut mendedahkan harga penjualan model F1 Plus ini di pasaran India dan ianya akan ditawarkan pada harga sekitar INR 26,990 iaitu sekitar RM 1650.

Sebagai perbandingan, Oppo F1 mempunyai harga penjualan RM 1,198 manakala di pasaran India ianya ditawarkan pada harga INR 15,990 (RM 976).

Oppo F1 Plus boleh dikatakan hampir pasti akan memasuki pasaran Malaysia.

sumber

oppo f1 plus

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.