Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi melancarkan pelan SmartPlan 75 – panggilan percuma dan 7GB internet

digi smartplan 75-1

Selepas tahun yang sangat kompetetif dari segi penawaran pelan yang berpatutan, tahun 2016 dilihat akan menjadi tahun yang lebih baik dengan lebih banyak tawaran daripada syarikat telekomunikasi dijangka akan memberikan pengguna nilai pelan yang lebih baik.

Sebagai permulaan kepada tahun 2016, Digi kini menawarkan satu pelan baru dibawah pelan SmartPlan mereka iatu SmartPlan 75 dan ianya hadir dengan kuota internet 7GB dan lebih menarik adalah panggilan percuma kesemua rangkaian tanpa sebarang had.

Pelan SmartPlan 75 ini adalah RM 10 lebih mahal berbanding pelan SmartPlan 65 yang hanya hadir dengan 3GB kuota internet selain panggilan percuma.

Selain itu, dengan langganan pelan SmartPlan 75 ini, pengguna juga akan menerima ruang simpanan di CAPTURE sebanyak 30GB, WeChat dan WhatsApp tanpa had dan seperti yang diumumkan awaln minggun ini,setiap langganan pelan SmartPlan yang baru akan menerima iflix secara percuma selam 12 bulan ( bernilai RM 96).

Pelan SmartPlan 75 akan ditawarkan sehingga 29 Februari 2016 ( tahun ini tahun lompat) dan ianya dilihat dilancarkan sebagai pencabar kepada pelan Hero daripada Umobile dan Digi juga telah membuat satu kenyataan yang berbunyi bahawa ‘ Real Heroes should be smart as well’

Dengan liputan 4G yang lebih menyeluruh selain iflix yang percuma, pelan SmartPlan 75 ini dilihat antara pelan yang terbaik di pasaran dan kami pasti ramai pengguna akan tertarik dengan penawaran terbaru daripada Digi ini.

 

digi smartplan 75sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.