Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jenama Wiko Mobile kini ditawarkan pasaran Malaysia

image

Pasaran telefon pintar di Malaysia boleh dikatakan sudah dipenuhi oleh banyak pengeluar telefon pintar khususnya dari China dan tidak kurang juga syarikat tempatan yang mencuba nasib didalam industri yang sangat berdaya saing ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang satu lagi syarikat baru yang berasal dari Eropah atau negara Perancis iaitu Wiko Mobile untuk memasuki pasaran tempatan.

Wiko Mobile mungkin satu jenama yang baru dinegara kita namun ianya adalah antara jenama paling berkembang pesat di Eropah dan mempunyai peganggan pasaran telefon pintar kedua terbesar selepas Samsung di Perancis.

Wiko Mobile telah memperkenalkan tiga model ke pasaran Malaysia iaitu Fever, Highway Pure dan Lenny 2.

image

Wiko Fever hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.2-inci (424ppi), pemproses octa-core 1.3Ghz , 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Selain itu, Wiko Fever juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie model ini adalah 5MP dan ianya turut hadir dengan flash selfie.

Wiko Fever juga hadir dengan sokongan dwi-SIM, slot microSD sehingga 64GB dan satu keistimewaan yang dimiliki telefon pintar ini ialah ‘Glow in the dark’ sepanjang sisi rangka.

Wiko Fever akan mempunyai harga penjualan RM 799 dan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam/emas, putih/emas dan hitam/kelabu.

image

Bercakap mengenai Wiko Highway Pure ini ,ianya hadir dengan skrin paparan IPS AMOLED HD berukuran 4.8-inci, pemporses Qualcomm Snapdragon 410, 2GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Selain itu, Wiko Highway Pure ini juga hadir dengan kamera utama 8MP daripada Sony dan tidak lupa kamera selfie 5MP.

Selain itu, antara ciri lain dimiliki oleh Wiko Highway Pure ini adalah slot sim (nano), kenipisan 5.1mm , berat 98gram , 4G LTE dan berasaskan sistem operasi Android 4.4.4 KitKat yang boleh dikemaskini kepada Android 5.0.2 Lollipop.

Wiko Highway Pure ini juga hadir 16 butir kristal daripada Swarvoski yang diletakkan butang kuasa dan dan butang suara dan versi ini dikenali sebagai Wiko Highway Pure Swarovski.

Wiko Highway Pure ini akan ditawarkan pada harga RM 999.

image

Model ketiga yang dilancarkan oleh Wiko Mobile adalah Lenny 2, ianya hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.0-inci , pemproses Quad-core 1.3GHz, 1GB RAM , 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 1800mAh.

Lenny 2 juga hadir dengan kamera utama 5MP manakala kamera selfie 2MP, slot microSD , Android 5.1 Lollipop dan dwi-SIM ( mini + micro).

Lenny 2 akan mmepunyai harga penjualan RM 299 dan ditawarkan didalam 5 warna iaitu hitam, biru , putih , koral dan bleen.

Kesemua model ini kini suda berada di pasaran melalui wakil pengedar sah di bandar-bandar utama seluruh Malaysia.

Wiko Fever

image image image image

Wiko Highway Pure

imageimage


image image image

Wiko Lenny 2

image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.