Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor akan mengadakan penjualan ‘Lucky Bag’ petang ini

Fukubokuro-Honor

Pernahkah anda mendengar mengenai Fukubokuro?, ianya adalah satu tradisi penjualan beg misteri di Jepun yang dilakukan sempena tahun baru dan Honor Malaysia dilihat akan turut menawarkan beg misteri/bertuah ini di Malaysia esok.

Pada 28 Januari ini, Honor Malaysia akan menawarkan promosi beg bertuah ini dan ianya akan bermula tepat pada pukul 3.08 petang.

Honor Malaysia akan menawarkan tiga jenis beg bertuah ini dan ianya akan mempunyai harga penjualan RM 588, RM 688 dan RM 888 yang dipercayai hadir dengan model telefon pintar misteri selain nasib yang baik ( mengikut kepercayaan mereka).

Selain itu, pada majlis pelancaran telefon pintar Honor 7 Enhanced dan Honor 5x di Malaysia selasa lalu, Honor Malaysia telah memberikan kita sedikit petunjuk mengenai sesuatu misteri yang bakal tiba tidak lama lagi dan ianya mungkin berkait dengan promosi ini.

Fukubokuro-Honor-02

Jika anda bertuah anda mungkin terjumpa satu unit Honor 7 Enhanced atau Honor 5x didalam beg bertuah ini.

Jika anda berminat untuk mendapat beg bertuah Fukubokuro ini, pastikan anda melayari laman sesawang Vmall Malaysia esok dan menjadi antara 90 pembeli bertuah pertama untuk memilikinya.

beli Beg Bertuah ini di SINI

Kami mencadangkan anda melakukan daftar masuk akaun vmall Malaysia anda dengan lebih awal kerana promosi ini pasti akan mendapat sambutan yang menggalakan.

maklumat lanjut boleh anda ketahu disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.