Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find 9 mungkin dilancarkan tidak lama lagi

oppo-find-9-1-

Jika anda masih ingat, nama Oppo mula menjadi tumpuan dunia apbila syarikat China ini mengelurkan Oppo Find 7 yang ketika itu merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan skrin paparan QHD.

Sedikit mengecewakan kita adalah, sehingga kini Oppo belum menggantikan Find 7 dengan generasi baru.

Walaubagaimanapun, telefon pintar pengganti kepada Oppo Find 7 iaitu Find 9 dikatakan akan dilancarkan secara rasmi didalam masa terdekat.

OPPO-Find-9-certification

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa satu model telefon pintar Oppo dengan nombor model Oppo X9009 telah dikesan di pangakalan data agensi telekomunikasi Indonesia.

Selepas ini laporan ini kini telah disajikan dengan gambar yang dikatakan adalah milik Oppo Find 9 dan ianya dilihat hadir dengan reka bentuk berasaskan unibodi keluli yang sangat nipis.

berdasarkan gambar ini kita boleh memperkatakan bahawa unit kamera pada Oppo Find 9 ini akan sedikit terbujur keluar dan ianya akan hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang seperti pada Oppo R7 Plus namun permukaan sensor yang bulat.

Bercakap mengenai spesifikasi yang akan dimiliki oleh Oppo Find 9 ini, ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.9-inci, pemproses generasi terbaru Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM dan bateri berkapasiti tinggi yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC.

Sehingga kini masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai Oppo Find 9 ini diberikan oleh Oppo.

sumber

oppo-find-9-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.