Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition dilancarkan secara rasmi

asus zenfone 2 deluxe special edition

Asus secara rasminya telah melancarkan satu lagi model didalam siri Asus ZenFone 2 iaitu ZenFone 2 Deluxe Edisi Terhad yang hadir dengan pemproses quad-core Intel Z3590 berkelajuan 2.5GHz, 4GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.

Versi Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition ini adalah sama seperti versi Asus ZenFone 2 Special Edition yang telah diperkenalkan di Malaysia awal bulan ini iaitu ketika pelancaran Asus ZenFone Zoom dan ianya akan mula dijual hujung bulan ini.

Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition ini hadir dengan satu jalur berwarna merah pada keliling panel skrin dan terdapat dua pilihan panel belakang iaitu panel hitam seperti gentian karbon manakala satu lagi hadir dengan reka bentuk kristal poligon berwarna perak.

Selain itu, spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah sama iaitu skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, bateri berkapasiti 3,000mAh ( dengan teknologi pengecasan pantas – 60% dalama masa 39 minit) dan slot microSD yang menyokong tambahan 128GB.

Selain itu, Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition juga hadir dengan kamera utama 13MP Asus PixelMaster manakala kamera hadapan 5MP.

Buat masa ini Asus tidak mendedahkan sebarang harga penjualan bagi model ZenFone 2 Deluxe Special Edition ini namun ianya dijangka lebih mahal dari Asus ZenFone 2 Special Edition yang akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,799.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.