Apple Watch 2 akan dikilangkan pada suku kedua 2016

Round-Apple-Watch-concept-by-Alcion-mobilefokus

Generasi kedua Apple Watch dilaporkan akan mula memasuki fasa pengilangan komersial pada suku kedua tahun 2016 dan maklumat ini telah didedahkan oleh pembekal Apple Watch.

Menurut sumber ini, Quanta Computer yang merupakan pengeluar Apple Watch juga telah diberikan kepercayaan untuk dan dilantik sebagai satu-satunya syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan Apple Watch 2

Pada mulanya, Apple bercadang untuk membahagikan tugas pengilangan antara Quanta dan Foxconn Electronics namun Apple memutuskan pengeluaran oleh Quanta sahaja sudah mencukupi kerana Apple tidak menjangkakan jumlah penjualan yang tinggi bagi generasi kedua Apple Watch ini.

Kata-kata mengenai pelancaran Apple Watch 2 semakin hangat dan ini adalah selepas Apple baru sahaja mula menawarkan Apple Watch di Malaysia dengan harga penjualan bermula dari RM 1,599.

Apple Watch 2 ini dilaporkan akan dilancarkan bersama-sama Apple iPhone mini yang hadir dengan skirn paparan 4.0-inci dan laporan terbaru mengatakan model ini akan dikenali sebagai Apple iPhone 5se dengan dan ianya mempunyai ukuran dimensi sama seperti Apple iPhone 5.

Kedua-dua peranti iOS yang terbaru ini dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Mac 2016 dan ianya akan mula ditawarkan di pasaran didalam masa beberapa minggu selepas ianya dilancarkan secara rasmi.

Apple Watch 2 dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang bulat dengan butang ikonik yang dikenali sebagai Digital Crown namun jika Apple mempunyai impian untuk menjual model ini dengan lebih baik harga penjualanya harus dikurangkan.

sumber

Comments

comments

Share