Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo XPlay 5S mungkin memiliki 6GB RAM

vivo x6 dan x6 plus malaysia warna

Pada tahun 2015, kita telah melihat keadaan di pasaran dimana lebih banyak syarikat pengeluar telefon pintar mampu menawarkan teknologi baru seperti kamera yang lebih beresolusi tinggi, memori simpanan dalaman yang lebih besar dan juga RAM yang besar.

Bagi pasaran Android, 4GB RAM adalah satu pilihan RAM yang kebiasaanya ditawarkan pada telefon pintar utama setiap syarikat dan nampaknya tahun 2016 ini mungkin akan menyaksikan model yang memiliki kapasiti RAM sehingga 6GB.

Dekat pelancaran bagi tahun 2016 bakal bermula tidak lama lagi,penganalisa terkenal iaitu Pan Jiutang berkata bahawa telefon pintar terbaru daripada Vivo iaitu XPlay 5S mungkin menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan 6GB RAM.

Walaupun ini dilihat sesuatu yang menarik, Vivo mesti menyertakan 6GB RAM ini dengan pemproses yang mampu mengambil kesempatan akan kapasiti RAM yang besar ini.

Vivo XPlay 5S ini dijangka akan menjadi telefon pintar utama Vivo bagi tahun ini dan ianya mungkin akan menyebabkan lebih banyak syarikat pengeluar mencuba untuk menyertakan kapasiti RAM yang mampu menyaingi telefon pintar ini.

Bagi kami, kami masih tidak dapat apakah kelebihan yang mampu ditawarkan oleh 6GB RAM berbanding 4GB RAM kerana walaupun RAM yang besar, ini tidak menjanjikan anda mempunyai telefon pintar dengan prestasi pemprosesan dan penggunaan yang lancar.

Bercakap mengenai kapasiti RAM, sebagai contoh telefon pintar Apple hanya memiliki sekitar 1-2GB RAM namun ianya masih mampu beroperasi tanpa sebarang masalah prestasi.

858c563d10224d0e9d612ac3f7c0d82b

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.