Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 7 Enhanced Edition dan Honor 5x dilancarkan secara rasmi

image

Honor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan tiga peranti terbaru mereka di pasaran tempatan iaitu Honor 7 Enhanced Edition, Honor 5x dan Honor Band Z1

Bercakap mengenai Honor 7 Enhanced Edition, ianya telah dilancarkan pada pertengahan bulan Disember iaitu pada festival Honor di China.

Honor 7 Ehanced Edition ini dengan skrin paparan HD 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses 64-bit HiSilicon Kirin 935, 3GB RAM dan dengan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB

Selain itu, Honor 7 turut dilengkapi dengan kamera utama 20MP IMX230 daripada Sony manakala kamera selfie adalah 8MP dan kamera hadapan telefon pintar ini turut dilengkapi dengan flash LED.

Selain itu, Honor 7 juga menjadi telefon pintar pertama Huawei dibawah siri Honor untuk hadir dengan sensor pengesan cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang dan mempunyai tindakbalas pantas iaitu hanya 0.5 saat.

image

Honor 7 ini menyokong rangkaian 4G LTE pada dua slot SIM dan mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh yang turut menyokong teknologi pengecasan pantas 9V2A.

Selain perbezaan kapasiti memori simpanan dalaman, satu lagi perbezaan Enhanced Edition ini dengan Honor 7 yang biasa adalah penyertaan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Honor 7 Ehanced Edition ini akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu warna emas dengan harga penjualan yang akan di umumkan kelak.

image

Beralih kepada satu lagi Honor iaitu Honor 5x yang telah dilancarkan di China pada bulan Oktober yang lalu sebagai telefon pintar paling murah untuk menawarkan sensor capjari.

Spesifikasi yang dimiliki oleh Huawei Honor 5X adalah skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Snapdragon 615, dua pilihan RAM iaitu 2GB dan 3GB, GPU Adreno 405, memori simpanan dalam 16GB dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000mAh ( hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0).

Selain itu, Huawei Honor 5X juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Huawei Honor 5X juga akan menyokong dua SIM pada rangkaian 4G LTE dan tidak lupa slot microSD.

Huawei Honor 5x akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam dengan harga penjualan yang akan di umumkan kelak ( harga penjualan RM 999 dan kini dibuka untuk tempahan melalui Lazada ). Pendaftaran minat akan dibuka hari ini.

image

Selain dua unit telefon pintar ini, Honor Malaysia telah turut memperkenalkan jam pintar Honor Band Z1 yang sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 259. ( 214 pembelian pertama hari ini akan hadir dengan kotak sempena hari Valentines yang istimewa).

z1-valentine-vmall-buynow

Gambar-gambar dari majlis pelancaran ini

image image image image image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.