Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 5se dibandingkan bersama-sama iPhone 5

apple iphone 5se

Walaupun terdapat kekeliruan mengenai nama apakah yang diberi kepada model telefon pintar Apple iPhone Mini, sudah kelihatan jelas bahawa Apple memand mempunyai perancangan untuk melancarkan model telefon pintar baru dengan skrin paparan 4.0-inci.

Sebelum ini kita hanya disajikan dengan maklumat tanpa sebarang gambaran jelas mengenai model iPhone 4.0-inci namun kini satu gambar yang iPhone 5se ini telah dikeluarkan dan ianya dibandingkan dengan iPhone 5.

Nama iPhone 5se ini adalah nama terbaru yang diperkatakan mengenai iPhone 4.0-inci dan sebelum ianya turut diperkatakan akan hadir dengan nama iPhone 6c , iPhone 7c dan iPhone 5e.

Jika gambar ini betul-betul memberikan kita reka bentuk iPhone 4.0-inci, ianya boleh dilihat memiliki sensor capjari TouchID pada butang ‘home’ selain kamera FaceTime di bahagian kiri.

Selain itu, ianya juga dilihat mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti Apple iPhone 5 namun dengan reka bentuk berasaskan besi dan gelas 2.5D yang sama seperti iPhone 6 dan 6s.

Dari segi spesifikasi, Apple iPhone 5se dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan Apple A8, sokongan sistem pembayaran Apple Pay, VoLTE , Bluetooth 4.2 , Wi-Fi 802.11ac, kamera Apple iSight 8MP dan kamera selfie 1.2MP.

Apple iPhone 5se ini dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac dan mungkin bersama-sama Apple Watch 2.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.