Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo K5 Note dilancarkan secara rasmi di China – dari RM 712

lenovo k5 note

Belum sempat Lenovo K4 Note yang dilancarkan di pasaran India tiba di pasaran tempatan, Lenovo kini telah mengumumkan Lenovo K5 Note di pasaran China iaitu hanya 20 hari selepas K4 Note dilancarkan.

Lenovo K5 Note ini hadir dengan skrin paparan 1080p LTPS berukuran 5.5-inci, pemproses Helio P10 ,GPU Mali-T860, 2GB RAM (K4 Note mempunyai 3GB RAM), 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,500mAh ( yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas).

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki K5 Note ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP f/2.2 manakala kamera selfie adalah 8MP.

Lenovo K5 Note ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM ,4G LTE termasuk VoLTE, dan sensor capjari dibahagian belakang yang turut mempunyai fungsi untuk mengambil gambar.

Selain itu, Lenovo K5 Note juga memiliki satu pembesar suara 1.5w yang hadir dengan sokongan audio Dolby Atmos.

Lenovo K5 Note ini ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas dan ianya mempunyai harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu hanya CNY 1,099 atau sekitar RM 712.

Lenovo K5 Note akan mula dijual minggu ini iaitu melalui penjualan kilat dan model ini dilihat dilancarkan sebagai pencabar kepada Xiaomi Redmi Note 3 yang ditawarkan dengan harga penjualan yang bermula dari CNY 899 sehingga CNY 1099.

sumber

lenovo k5 note-1 lenovo k5 note-6 lenovo k5 note-2 lenovo k5 note-3 lenovo k5 note-5 lenovo k5 note-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.