Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jenama OUKITEL kini secara rasminya ditawarkan di Malaysia

OUKITEL, jenama telefon pintar global yang berpangkalan di China adalah pengeluar telefon pintar yang memfokuskan kepada reka bentuk yang ringkas dan spesifikasi menarik pada harga penjualan yang berpatutan untuk menepati permintaan pelbagai kategori pengguna seluruh dunia.

Baru-baru ini Oukitel telah memasuki pasaran tempatan dengan tujuan untuk menawarkan rakyat Malaysia alternatif jenama telefon pintar dengan harga penjualan yang rendah tanpa mengabaikan kualiti dan prestasi.

Telefon pintar Oukitel hadir dengan pelbagai model telefon pintar yang mampu menepati keperluan semua pengguna, terdapat model yang hadir dengan ketahanan bateri tinggi, terdapat juga model yang hadir dengan harga penjualan berpatutan namun mempunyai reka bentuk yang menarik. Tidak lupa juga, Oukitel turut menawarkan model telefon pintar kelas premium.

Selain itu, syarikat ini juga melancarkan telefon bimbit yang ditawarkan kepada pengguna kelas bawahan dengan harga penjualan yang sangat berpatutan.

k4000-02

Oukitel K4000

k4000-01

Oukitel K4000 adalah telefon pintar yang memiliki skirn paparan 5.0-inci dengan resolusi HD 1280 x 720 yang dilindungi dengan gelas ketahanan tinggi yang mempunyai kekerasan 9H selain jumlah tekanan yang boleh ditahan adalah 800MPa. Oukitel K4000 juga hadir dengan ukuran dimensi 143 x 71 x 11mm dengan berat 208gram.

Dari segi dalaman, Oukitel K4000 hadir dengan pemproses MediaTek MT6735 berkelajuan 1.0GHz, GPU Mali-T720, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman selain slot microSD yang memberikan tambahan 32GB memori.

k4000-03

Beralih kepada bahagian fotografi, Oukitel K4000 hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai lampu flash LED manakala kamera hadapan 8MP dilihat cukup untuk memenuhi kehendak selfie anda.

k4000-04

Anda pasti tertanya apakah maksud K4000, ia sebenarnya merujuk kepada kapasiti bateri 4,000mAh yang dimiliki telefon pintar ini dan ianya dilihat mampu bertahan sehingga satu hari tanpa pengecasan. Selain itu, Oukitel K4000 ini juga hadir dengan sokongan 4G LTE (FDD-LTE 800/1800/2100/2600MHz).dwi-SIM dan hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Oukitel K4000 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna hitam dan warna putih dengan harga penjualan RM 899.

U7-Pro-1024x860Oukitel U7 Pro

Oukitel U7 Pro adalah telefon pintar kelas kemasukan yang ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna kelabu, emas dan putih dan sekali pandang, pasti ramai yang menggangap ianya adalah telefon pintar kelas premium khususnya kerana reka bentuk yang dimiliki oleh telefon pintar ini.

U7-Pro-01-1024x705

Bercakap mengenai spesifikasi, Oukitel U7 Pro hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6580 berkelajuan 1.3GHz, GPU Mali 400 , 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,500mAh.

U7-Pro-02-1024x865

Selain itu, Oukitel U7 Pro juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie hanyalah 2MP. Telefon pintar ini juga hadir dengan Android 5.1 Lollipop dan sokongan dwi-SIM pada rangkaian 3G.

Oukitel U7 Pro kini ditawaran di Malaysia dengan harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 469.

Oukitel-U2-01-1024x683

Oukitel U2

Oukitel U2 adalah satu lagi model telefon pintar yang hadir dengan reka bentuk dan kualiti yang menarik. Kedua-dua panel hadapan dan belakang telefon pintar ini hadir dengan gelas dengan rangka besi diantaranya.

Bercakap mengenai speisifikasi , Oukitel U2 hadir dengan skrin paparan 5.0-inci dengan resolusi 960 x 540 , pemproses MediaTek MT6735, GPU Mali-T720 , 1GB RAM , 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,050mAh.

Oukitel-U2-02-1024x683
Beralih kepada kamera yang dimiliki oleh U2 ini, ianya hadir dengan kamera utama 8MP yang turut mempunyai lampu flash LED manakala kamera selfie adalah 5MP.

Oukitel U2 juga hadir dengan sokongan 4G LTE , slot dwi-SIM , slot microSD ( sehingga 32GB memori) dan hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Oukitel-U2-03

Oukitel U2 hadir didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga penjualan RM 499. Telefon pintar ini disasarkan kepada golongan pelajar kolej dan golongan berpendapatan rendah.

Oukitel-U10-01
Oukitel U10

Seperti yang kami katakan, Oukitel turut melancarkan model telefon pintar kelas atasan iaitu Oukitel U10 dan ianya hadir dengan reka bentuk berasaska keluli dengan panel hadapan mempunyai gelas 2.5D. ianya mempunyai kenipisan 7.8mm dan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci.

oukitel-u10-05
Bercakap mengenai skrin paparan ini, ianya adalah skrin paparan OGS IPS 1080p dengan panel sisi yang sangat nipis. Selain itu, ianya mempunyai permukaan hujung yang sedikit melengkung dan tidak lupa tiga butang kapasitif pada bahagian bawah.

Beralih kepada spesifikasi dalama, Oukitel U10 hadir dengan pemproses MediaTek MT6753, 3GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,850mAh.

Oukitel-U10-02
Beralih kepada kamera, Oukitel U10 hadir dengan kamera utama 16MP yang turut dilengkapi dengan lampu flash LED dwi-tona selain kamera selfie 8MP.

Sensor capjari Oukitel U10 ini diletakkan pada bahagian belakang dan tidak lupa slot sim kedua yang turut mempunyai fungsi hibrid sebagai slot kad microSD. Oukitel U10 juga hadir dengan sokongan 4G LTE.

Oukitel-U10-03
Selain itu, telefon pintar terbaik Oukitel ini juga hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan kelabu dengan harga penjualan RM 1,099.

Selain daripada telefon pintar yang kami senaraikan di atas, Oukitel juga telah melancarkan beberapa telefon bagi pasaran bajet seperti Oukitel OK118, Oukitel C1Oukitel Original OneOukitel C2Oukitel Original Pure dan banyak lagi dengan harga penjualan dari RM 199 sehingga RM 399 termasuk GST.

Berdasarkan senarai telefon pintar Oukitel yang ditawarkan di pasaran Malaysia ini , telah terbukti bahawa Oukitel mempunyai perancangan yang baik untuk menjadi antara pengeluar telefon pintar terbaik di rantau Asia.

Selamat Datang Oukitel ke pasaran Malaysia

Pengedar Sah : MCL BHD

Pusat jualan dan perkhimatan seluruh negara :

  • Kuala Lumpur: 03-80233800
  • Johor Bahru: 07-3522533
  • Penang: 04-226366
  • Melaka: 06-2825389
  • Kuantan:  09-5135685
  • Batu Pahat: 07-4333533
  • Kuching: 082-360 476
  • Kota Kinabalu: 088-318120
  • Miri: 085-660499

Laman Rasmi Facebook Oukitel Malaysia: http://www.facebook.com/OukitelMalaysia

 

 

 

Comments

comments