Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka bentuk Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah didedahkan oleh Spigen

spigen-samsung-galaxy-s7-and-s7-edge-case-2Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari 2016 iaitu satu hari sebelum bermulanya Mobile World Congress di Barcelona.

Dengan pelancaran model baru, sudah pastinya pengeluar aksesori perlindungan seperti Spigen sudah mula menyiapkan produk mereka yang direka bentuk khusus untuk telefon pintar terbaru Samsung ini.

Dua katalog bagi Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah mendedahkan kepada kita reka bentuk telefon pintar terbaru Samsung ini.

Katalog ini telah dihantar kepada pemborong untuk membuat tempahan bagi perkakas Spigen Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Selain itu, sedikit musykil adalah ketiadaan model Samsung Galaxy S7 Edge+ didalam senarai katalog ini.

Berdasarkan gambar katalog kedua-dua model ini kita boleh simpulkan bahawa Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan Galaxy S6 dan Galaxy S7 Edge.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.

Dengan pelancaran rasmi hanya berbaki kurang satu bulan, pastinya lebih banyak maklumat mengenai Samsung Galaxy S7 dan adik beradiknya diketahui dengan lebih lanjut.

Dibawah ini kami sertakan semua gambar perkakas Spigen yang direka bentuk khas untuk Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Edge.

Spigen untuk Galaxy S7

spigen-galaxy-s7-case-10 spigen-galaxy-s7-case-9 spigen-galaxy-s7-case-7 spigen-galaxy-s7-case-6 spigen-galaxy-s7-case-5 spigen-galaxy-s7-case-3 spigen-galaxy-s7-case-2 spigen-galaxy-s7-case-1 spigen-galaxy-s7-case

Spigen untuk Galaxy S7 Edge

spigen-galaxy-s7-edge-case-5 spigen-galaxy-s7-edge-case-4 spigen-galaxy-s7-edge-case-3 spigen-galaxy-s7-edge-case-2 spigen-galaxy-s7-edge-case-1 spigen-galaxy-s7-edge-case

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.