Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 1,198

image

Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri F iaitu Oppo F1 di pasaran tempatan.

Oppo F1 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci (294ppi) dengan teknologi skrin IPS ini dilindungi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4. Bercakap mengenai pemproses pula, Oppo F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 berkelajuan 1.7GHz, GPU Adreno 405 dan 3GB RAM.

Beralih kepada kepakaran kamera yang dilihat fokus utama siri F ini, kamera utama Oppo F1 adalah kamera 13MP dengan f/2.2 dan satu flash LED manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan lensa f/2.0.

selain itu, kamera ini turut hadir dengan perisian kamera yang menawarkan fungsi seperti Beautify 3.0, 8 pilihan warna dan teknologi flash pada skrin untuk pengambilan selfie pada keadaan yang gelap.

Oppo F1 juga hadir dengan memori simpanan dalaman 16GB, sokongan dwi-SIM LTE, bateri berkapasiti 2,500mAh (tiada teknologi bateri VOOC) , Android 5.1 Lollipop dengan Color OS 2.1

Oppo F1 akan mula dijual di kedai atas talian rasmi Oppo iaitu Oppostore.com.my minggu ini manakala penjualan secara tradisional akan bermula minggu hadapan dengan harga penjualan RM

Selain itu, Oppo turut memperkenalkan Ayda Jebat dan yang telah dilantik sebagai duta ikon selfie Oppo F1.

image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.