Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Honor 5x dijangka kurang dari RM 1000

huawei_honor_5x

Seperti yang kami laporkan semalam, Huawei Honor Malaysia akan melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka iaitu Honor 7 Enhanced Edition dan Honor 5x di Malaysia minggu hadapan.

Laporan terbaru yang kami terima mengatakan bahawa Huawei Honor 5x yang telah dilancarkan pada bulan Oktober yang lalu akan ditawarkan pada harga penjualan RM 999 (tidak rasmi).

Spesifikasi yang dimiliki oleh Huawei Honor 5X adalah skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Snapdragon 615, dua pilihan RAM iaitu 2GB dan 3GB, GPU Adreno 405, memori simpanan dalam 16GB dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000mAh ( hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0).

Selain itu, Huawei Honor 5X juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Huawei Honor 5X juga akan menyokong dua SIM pada rangkaian 4G LTE dan tidak lupa slot microSD.

SebagaiĀ  perbandingan, harga penjualan Honor 5x adalah bermula dari CNY999 (RM 671) sehingga CNY 1399 (RM 940) dan ini memberikan kita petunjuk bahawa versi yang ditawarkan di Malaysia adalah Honor 5x dengan 3GB RAM.

Selain itu, bercakap mengenai Honor 7 edisi Enhanced, ianya dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih tinggi daripada Honor 7 dan akan menjadi telefon pintar No.1 didalam siri Honor di Malaysia.

selain itu, Honor Malaysia juga akan memperkenalkan jam pintar Honor Band Z1 yang kini sudah mula dijual di Malaysia dengan harga penjualan RM 259.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.