Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengeluar telefon pintar dari Perancis iaitu Wiko Mobile kini tiba di Malaysia

wiko mobile logo

Pasaran telefon pintar di Malaysia boleh dikatakan sudah dipenuhi oleh banyak pengeluar telefon pintar khususnya dari China dan tidak kurang juga syarikat tempatan yang mencuba nasib didalam industri yang sangat berdaya saing ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang satu lagi syarikat baru yang berasal dari Eropah atau negara Perancis iaitu Wiko Mobile untuk memasuki pasaran tempatan.

Wiko Mobile mungkin satu jenama yang baru dinegara kita namun ianya adalah antara jenama paling berkembang pesat di Eropah dan mempunyai peganggan pasaran telefon pintar kedua terbesar selepas Samsung di Perancis.

Wiko Mobile dijangka akan memperkenalkan beberapa telefon pintar terbaru mereka didalam siri Fever selain telefon pintar utama mereka iaitu Wiko Highway Pure.

Bercakap mengenai Wiko Highway Pure ini ,ianya hadir dengan skrin paparan IPS AMOLED HD berukuran 4.8-inci, pemporses Qualcomm Snapdragon 410, 2GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Selain itu, Wiko Highway Pure ini juga hadir dengan kamera utama 8MP daripada Sony dan tidak lupa kamera selfie 5MP.

Selain itu, antara ciri lain dimiliki oleh Wiko Highway Pure ini adalah slot sim (nano), kenipisan 5.1mm , berat 98gram , 4G LTE dan berasaskan sistem operasi Android 4.4.4 KitKat yang boleh dikemaskini kepada Android 5.0.2 Lollipop.

Wiko Highway Pure ini juga hadir dengan satu lagi versi yang memiliki 16 butir kristal daripada Swarvoski yang diletakkan butang kuasa dan dan butang suara dan versi ini dikenali sebagai Wiko Highway Pure Swarovski.

wiko mobile malaysia wiko mobile malaysia highway pure wiko mobile malaysia highway pure.-3 wiko mobile malaysia highway pure.-2jpg wiko mobile malaysia highway pure.-1jpg wiko mobile malaysia highway pure.-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.