Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Malaysia akan mengadakan penjualan CNY 2016 22 Januari ini

xioami-m-malaysia-chinese-new-year-sale-1

Sempena tahun baru Cina yang bakal tiba, Mi Malaysia telah mengumumkan akan mengadakan satu penjualan khas yang akan menyaksikan kesemua model telefon pintar dan aksesori Xiaomi di Malaysia akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah.

Penjualan sempena tahun baru cina ini akan berlangsung pada 21 Januari sehingga 22 Januari iaitu dari 10 Pagi sehingga 10 malam keesokan harinya.

Berikut adalah senarai telefon pintar Xiaomi yang akan ditawarkan pada harga diskaun :

Xiaomi Mi Note (harga asal RM 1,549) – RM 1,499

Xiaomi Mi 4i 32GB (harga asal RM 899) – RM 849

Xiaomi Redmi 2 Enhanced ( harga asal RM 529) – RM 499

Selain itu, jika anda membuat pembayaran melalui akaun PayPal anda akan menerima RM 30 diskaun tambahan bagi semua model kecuali bagi Redmi Note 2.

Selain itu, anda juga akan menerima hadiah percuma dengan setiap pembelian dan hadiah percuma adalah seperti berikut (sementara stok masih ada):

Beli Mi Note percuma filem pelindung skrin dan perkakas lembut
Beli Redmi 2/Redmi 2 Enhanced percuma bateri tambahan
Beli Mi 4i percuma filem pelindung skrin
Beli Redmi Note 2 percuma filem pelindung skrin dan casing.

Selain itu kesemua aksesori Xiaomi yang ditawarkan di pasaran Malaysia juga akan ditawarkan dengan harga diskaun dan pembayara melalui PayPal akan memberikan diskaun tambahan RM 10.

Untuk maklumat penuh senarai produk dan aksesori yang ditawarkan didalam penjualan khas ini anda boleh merujuknya di SINImi malaysia cny sale

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.