Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis kini menawarkan pembelian secara terus di Google Play Store

maxis hotlink direct billing google play store

Pada bulan September yang lalu, Digi telah menawarkan satu fungsi yang membolehkan pelanggan pelan prabayar dan pascabayar Digi membuat pembelian di Google Play Store dengan kos pembelian di kreditkan secara terus kepada akaun Digi mereka.

Ketika pelancaran tersebut, jurucakap Google mengesahkan bahawa Digi adalah yang pertama untuk menawarkanya di Malaysia namun akan ada beberapa syarikat telekomunikasi lain yang akan turut menawarkan fungsi ini.

Kini Maxis telah mula menawarkan fungsi pembelian secara terus di Google Play Store yang membolehkan anda membeli aplikasi dan semua kandungan media tanpa menggunakan kad kredit.

maxis hotlink direct billing google play store-1

Maxis menawarkan cara pembayaran ini kepada pelanggan pelanggan pelan prabayar Hotlink dan kesemua pelan pascabayar Maxis.

Bagi pelanggan Hotlink, jumlah pembayaran akan ditolak dari baki kredit anda manakala bagi pelanggan pelan pascabayar, anda akan di bil pada bil bulanan berikutnya.

Selain itu, bagi pelanggan pascabayar, anda harus melanggan data 1GB dan ke atas untuk layak menggunakan sistem pembayaran ini.

Dengan Maxis Direct Billing ini anda boleh membeli aplikasi Android , pembelian dalam aplikasi, Google Movies , E-Books dan Newsstand.

Cara untuk membolehkan anda menggunakan sistem pembayaran terus ini adalah sangat mudah dimana anda boleh melakukanya dengan mengikut semua langkah di bawah ini.

maxis hotlink direct billing google play store-2

Tetapan kali pertama

  1. pergi ke aplikasi Google Play Store, tekan di bahagian atas sebelah kiri dan pilih  My Account.
  2. Pilih ‘Use Maxis Billing’
  3. Masukkan semua maklumat anda termasuk alamat
  4. Setuju kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

maxis hotlink direct billing google play store-3

Untuk pembelian

  1. Pilih aplikasi yang anda mahu beli, pastikan pembayaran adalah melalui akaun MyMaxis
  2. Masukkan kata laluan Google Play Store
  3. Jika pembelian berjaya, anda akan dicaj pada akaun prabayar Hotlink atau pada bil pelan pascabayar.
  4. Anda akan menerima SMS yang anda telah melakukan pembelian di Google Play Store.

Harus juga kami ingatkan bahawa setiap harga penjualan yang ditunjukkan di Google Play Store adalah tidak termasuk GST.

maklumat lanjut : Maxis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.