Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung telah membaiki masalah ‘pengate’ stylus Galaxy Note 5

samsung galaxy note 5 pengate

Berdasarkan satu ‘teardown’ terbaru Samsung Galaxy Note 5, masalah ‘pengate’ yang mampu menyebabkan kerosakkan pada telefon pintar anda jika anda memasukkan stylus s-pen terbalik nampaknya telah diselesaikan.

Kelemahan reka bentuk pada Galaxy Note 5 ini telah dikesan beberapa minggu selepas pelancaran Galaxy Note 5 dan bermula isu ‘pengate’ yang mendapat kritikan hebat.

Walaupun Samsung mendakwa mereka telah menyertakan panduan pengguna yang melarang pengguna memasukkan s-pen ini secara salah namun Samsung sepatutnya mempunyai satu cara yang mampu menghalang pengguna memasukkan s-pen ini secara terbalik tidak kira secara sengaja atau tidak.

Hasilnya terdapat beberapa pengguna yang tersilap memasukkan stylus mereka dan mendapati bahawa s-pen mereka tersekat didalam dan mereka terpaksa menggunakkan kekerasan yang tinggi untuk mengeluarkanya. Selepas itu, mereka akan menyedari bahawa Galaxy Note 5 mereka tidak mampu lagi mengesan pengeluaran pen dari slot selain banyak fungsi s-pen tidak boleh digunakan.

Selepas diadukan mengenai kelemahan ini, Samsung berkata bahawa pengguna sepatutnya membaca manual pengunaan dan kerosakkan ini tidak akan di lindungi jaminan waranti ( terdapat kes dimana Samsung menukar unit telefon pintar yang baru bagi masalah ini).

Walaubagaimanapun, Samsung nampaknya telah mengubah reka bentuk mekanisma s-pen ini dan ianya kini lebih tahan lasak.

Walaubagaimanapun, anda sudah pastinya tidak tahu akan versi manakah yang anda telah beli dan adalah selamat untuk anda sentiasa memasukkan s-pen secara betul.

Anda mungkin boleh menyemak manual pengunaan untuk melihat samada satu risalah yang melarang anda memasukkan stylus s-pen secara terbalik disertakan ataupun tidak. (jika tidak ianya mungkin versi baru).

sumber | sumber gambar

note-5-motherboard-1-640x580

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.