Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG G5 akan dilancarkan di MWC sebagai pencabar Galaxy S7

lg g5

LG nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan telefon pintar utama LG G5 di MWC pada bulan Februari dan syarikat ini yakin, telefon pintar ini adalah pertaruhan terbaik LG untuk bersaing dengan pencabar mereka yang juga berasal dari Korea iaitu Samsung.

Sebagai peringatan, Samsung juga akan melancarkan Galaxy S7 di MWC dan dua telefon pintar ini sudah pastinya akan mendapat perhatian tinggi.

Bagi memastikan LG G5 mempunyai potensi yang cukup untuk bersaing dengan telefon pintar utama Samsung, LG telah melakukan perubahan reka bentuk yang sangat drastik apabila dibandingkan dengan semua generasi siri LG G ini. Pengesahan ini dapat kami perkatakan kerana satu lukisan diagram LG G5 telah tersebar.

Seperti yang anda boleh lihat, LG G5 akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dengan dan ini dapat dipastikan dengan kehadiran dua panel berasingan pada bahagian belakang. Selain itu, LG juga telah menyertakan butang suara di bahagian sisi manakala butang kuasa masih dikekalkan di bahagian belakang namun kini hadir dengan sensor capjari.

LG G5 juga akan mempunyai satu pembesar suara dibahagian bawah manakala slot 3.5mm headset diletakkan di bahagian atas.

LG G5 dilihat akan mempunyai ukuran dimensi 149.4 x 73.9 x 8.2 mm yang menjadikanya lebih tinggi berbanding LG G4 namun lebih kecil dan nipis.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, LG G5 dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.6-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, kamera utama 20MP dan kamera selfie 8MP.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.