Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ayda Jebat dilantik sebagai salah seorang duta selfie Oppo F1

Ayda Jebat is back as one of the Selfie Icons for F1

Oppo Malaysia akan melancarkan telefon pintar fotografi pertama mereka iaitu Oppo F1 dan kini telah melantik artis tempatan Ayda Jebat sebagai salah satu duta selfie Oppo F1.

Ayda Jebat telah berkerjasama dengan Oppo Electronics sebelum ini melalui siri Oppo R7 dan akan kembali sebagai ikon selfie bagi telefon pintar Oppo F1.

Walaubagaimanapun ,Oppo telah mengumumkan bahawa terdapat satu lagi ikon selfie Oppo F1 namun ianya masih menjadi misteri.

Apa pun duta selfie rasmi Oppo F1 ini dijangka akan diumumkan pada bengkel media Oppo F1 yang akan diadakan pada 21 Januari ini.

Oppo F1 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci (294ppi) dengan teknologi skrin IPS ini dilindungi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4. Bercakap mengenai pemproses pula, Oppo F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 berkelajuan 1.7GHz, GPU Adreno 405 dan 3GB RAM.

Beralih kepada kepakaran kamera yang dilihat fokus utama siri F ini, kamera utama Oppo F1 adalah kamera 13MP dengan f/2.2 dan satu flash LED manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan lensa f/2.0. selain itu, kamera ini turut hadir dengan perisian kamera yang menawarkan fungsi seperti Beautify 3.0, 8 pilihan warna dan teknologi flash pada skrin untuk pengambilan selfie pada keadaan yang gelap.

Selain itu, Oppo F1 juga hadir dengan memori simpanan dalaman 16GB, sokongan dwi-SIM LTE, bateri berkapasiti 2,500mAh (tiada teknologi bateri VOOC) , Android 5.1 Lollipop dengan Color OS 2.1.

Oppo F1 akan mula dijual di kedai atas talian rasmi Oppo iaitu Oppostore.com.my minggu ini manakala penjualan secara tradisional akan bermula minggu hadapan.

OPPO revealed another female illustration as the newest face of F1, the Selfie Expert F1 is coming

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.