Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini percuma selamanya, tidak akan ada iklan

image

Aplikasi permesejan popular yang memilki hampir 1 bilion pengguna iaitu WhatsApp telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan yuran bayaran tahunan $0.99 tidak lama lagi.

Didalam satu laporan melalui laman blog rasmi WhatsApp, syarikat yang dimiliki Facebook ini telah membuat pengumuman yang pasti akan mengembirakan ramai pengguna.

WhatsApp telah memperkenalkan yuran langganan tahunan beberapa tahun lalu iaitu selepas tamatnya tempoh pengunaan percuma selama setahun.

Walaubagaimanapun, syarikat ini mendakwa pendekatan ini tidak berkesan.

WhatsApp turut mendakwa bahawa ramai pengguna aplikasi ini tidak memiliki kad kredit ataupun kad debit dan risau akan kehilangan akses kepada sahabat dan keluarga mereka selepas setahun. WhatsApp berkata mereka akan menyingkirkan mekanisma pembayaran tahunan dari kesemua platform didalam masa beberapa minggu.

Jika anda adalah pengguna yang terawal, anda mungkin tidak pernah membayar untuk WhatsApp dan mekanisma yuran tahunan ni baru diperkenalkan kepada pengguna beberapa tahun lalu.

Selain itu, WhatsApp juga telah mengesahkan bahawa mereka akan berpegang kepada prinsip asal pengasas aplikasi ini dimana tidak akan ada sebarang iklan pada WhatsApp.

Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan pendapatan, syarikat ini akan memperkenalkan perkhimatan kepada syarikat korporat dan perniagaan.

Pada masa hadapan, anda mungkin boleh menghubungi bank atau syarikat penerbangan melalui WhatsApp.

pengumuman ini pasti disambut baik oleh pengguna WhatsApp walaupun bagi kami caj langganan sekitar RM 4.30 untuk satu tahun adalah sangat berpatutan.

sumber : WhatsApp

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.