Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Papan kekunci Microsft Word Flow bakal ditawarkan pada iOS dan Android

Microsoft word flow android ios

Papan kekunci pada peranti adalah sesuatu yang mustahak untuk memastikan pengalam pengunaan peranti yang lebih lancar dan pantas.

Jika anda tidak gembira dengan penawaran papan kekeunci di pasaran bagi peranti Android dan iOS anda mesti gembira untuk mengetahui bahawa Microsoft dilaporkan akan menawarkan papan kekunci Word Flow mereka yang kini hanya ditawarkan secara eksklusif pada peranti Windows.

Menurut satu email yang dihantar oleh Microsoft kepada ahli program Windows Insider mendedahkan bahawa syarikat ini sedang melakukan pembangunan untuk menawarkan papan kekunci “Word Flow” pada platform yang lain dan ianya akan dimulakan dengan platform iOS sebelum ditawarkan pada Google Play Store untuk peranti Andorid.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh spesifik diberikan untuk pelancaran Word Flow ini.

Papan kekunci Word Flow ini adalah papan kekunci jenis ‘swipe-to-type’ sama seperti SwiftKey yang merupakan antara papan kekunci pihak ketiga paling popular pada platform Android dan juga iOS.

Papan kekunci Word Flow ini adalah papan kekunci paling pantas didunia dan telah diiktiraf oleh Guinness World Record pada April 2014 namun rekod itu kini dipegang oleb Fleksy yang turut ditawarkan pada peranti Android dan iOS.

Aplikasi ini dijangka akan ditawarkan secara percuma pada peranti Android dan iOS dan ianya dijangka akan mendapat sambutan yang baik khususnya di pasaran Android.

Sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.