Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar ini mungkin telah mendedahkan Apple Watch 2

unknown-smartwatch-apple-watch-01

Satu gambar jam pintar yang diketahui telah tersebar dan berdasarkan diagnostik awal, ianya kelihatan seperti generasi kedua jam pintar daripada Apple iaitu Apple Watch 2 namun terdapat kemungkinan hanya produk yang meniru reka bentuk Apple.

Berdasarkan jam pintar pada gambar ini, boleh kita katakan bahawa ianya mempunyai persamaan ketara dengan Apple Watch yang hadir dengan satu butang dan satu pemutar yang dikenali sebagai Digital Crown selain tali jam yang mudah ditanggalkan. Walaupbagaimanapun, jam pintar ini hadir dengan panel bulat berbanding panel segi empat yang digunakan pada Apple Watch.

Selain itu, pada skrin juga anda boleh melihat dengan jelas bahawa ianya mempunyai sistem operas Watch OS namun amat sukar untuk kita memberikan sebarang jawapan konkrit berdasarkan gambar ini.

Jika ini Apple Watch 2, ianya dlihat mempunyai reka bentuk yang menarik namun jika tidak, kami pasti pengeluar jam pintar mungkin akan menghadapi masalah hak cipta dengan Apple.

Bercakap mengenai Apple Watch 2, laporan terbaru mengatakan ujian proses pengeluaran bagi generasi kedua Apple Watch ini akan dilakukan didalam masa terdekat

Seperti generasi sebelum ini, Apple Watch 2 juga akan dikeluarkan oleh Quanta dan ianya dilihat mempunyai kemungkinan besar untuk dilancarkan pada bulan Mac 2016 sebelum di jual pada bulan April.

Apple mungkin harus memikirkan untuk mengurangkan harga penjualan Apple Watch mereka yang sangat luar biasa dengan harga penjualan di Malaysia mencecah sehingga RM 80,000

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.