Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Galaxy Note 5 warna merah jambu kini ditawarkan di Malaysia

pink-gold-note5-malaysia

Samsung Galaxy Note 5 yang dilancarkan di Malaysia bersama-sama Samsung Galaxy S6 Edge+ pada mulanya ditawarkan didalam dua warna iaitu warna emas dan putih sebelum ditambah dengan dua warna baru pada bulan Oktober yang lalu iaitu warna hitam sapphire dan perak titanium.

Dan kini Samsung nampaknya sudah mula menawarkan warna merah jambu atau emas ros di pasaran Malaysia menjadikan keseluruhan lima warna dipasaran tempatan.

Harga penjualan Samsung Galaxy Note 5 didalam warna merah jambu ini juga akan ditawarkan pada harga RM 2,699.

Samsung Galaxy Note 5 adalah generasi kelima telefon pintar Note dan ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.7-inci, pemproses Exynos 7420, 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Beralih kepada kamera pula, Samsung Galaxy Note 5 ini hadir dengan kamera utama CMOS 16MP dengan sokongan rakaman video 4K manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, seperti telefon pintar Galaxy Note yang lain, Galaxy Note 5 juga hadir dengan stylus s-pen yang kini lebih pintar dan mempunyai mekanisma pengeluaran automatik.

Warna merah jambu atau emas ros ini ditawarkan tepat pada masanya memandangkan sambutan tahun baru cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dibawah ini kami sertakan gambar Samsung Galaxy Note 5 didalam warna merah jambu untuk tatapan anda.

sumber

note 5 pink note 5 pink-1 note 5 pink-2 note 5 pink-3 note 5 pink-4

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.