Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

AnTuTu mengeluarkan carta telefon pintar paling berkuasa tahun 2015

Antutu most powerful smartphone 2015

Syarikat yang menguji prestasi telefon pintar iaitu AnTutu telah mengeluarkan carta telefon pintar paling berkuasa tinggi pada tahun 2015 dan tahun lalu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus turut diambil kira.

Versi ujian baru 6.0 ini juga mempunyai sokongan untuk membandingkan telefon pintar iOS dengan peranti pada platform lain dan nampaknya ini adalah berita buruk kepada peranti Android.

Laporan AnTuTu mengenai telefon pintar paling berkuasa pada tahun 2015 meletakkan Apple iPhone 6s Plus ditempat pertama dengan 132,620 mata jauh meninggalkan pencabar terdekat. Sebab utama pencapaian luar biasa yang dicapai oleh Apple iPhone 6s Plus ini membuktikan bahawa pemproses Apple A9 adalah antara yang terbaik di pasaran.

Paling hampir kepada Apple iPhone 6s Plus adalah telefon pintar Huawei Mate 8 yang hadir dengan pemproses Kirin 950. Huawei Mate 8 berjaya memperoleh 92,746 mata dan gabungan pemproses Kirin 950 dengan skrin paparan 1080p dilihat berjaya meletakkan model ini ditempat kedua.

Selain itu, Meizu Pro 5 yang menggunakan pemproses Exynos 7420 berada ditempat ketiga dengan 86,214 mata mengatasi Samsung Galaxy Note 5 yang hadir dengan pemproses yang sama namun pengunaan skrin paparan QHD telah menyebabkan mata yang diperoleh hanya 83,364 mata.

Selain itu, tempat kelima didalam telefon pintar paling berkuasa tahun 2015 adalah Samsung Galaxy S6 Edge+ dengan 82,087 mata dikuti oleh iPhone 6 Plus dengan 80,554.

OnePlus 2 yang dikatakan sebagai ‘Flagship killer 2016’ hanya mampu menduduki tempat ketujuh dengan 79,747 mata.

Tempat kelapan adalah LeTV 1Pro namun LeTV Le Max Pro yang merupakan telefon pintar pertama dengan pemproses Snapdragon 820 pasti akan berada lebih atas di senarai tahun ini.

Tempat kesembilan adalah Xiaomi Note Pro diikuti oleh telefon pintar Nexus 6P ditempat kesepuluh.

Apple iPhone 6 dan iPhone 6s Plus tidak disenaraikan kerana ianya mempunyai prestasi yang sama seperti versi Plus.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.