Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 ciri baru yang akan ditawarkan pada Apple iOS 9.3

apple-ios-9.3-malaysia

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa Apple sudah bersedia mengeluarkan kemaskini Apple iOS 9.3 dan awal pagi ini, Apple telah mula menawarkan versi beta kemaskini iOS 9.3 kepada pengguna awam.

Berdasarkan kemaskini versi beta ini kami memberikan anda lima ciri baru yang akan hadir dengan Apple iOS 9.3 yang bakal ditawarkan didalam masa terdekat.

apple ios 9.3 nightshift mobilefokus

Night Shift

Salah satu ciri yang paling diperkatakan pada kemaskini Apple iOS 9.3 adalah ciri Night Shift yang mana ianya membantu anda mendapat tidur yang lebih lena.

Fungsi Night Shift ini membolehkan warna yang dipaparkan pada skrin lebih selesa kepada mata dan fungsi ini akan melakukan pengubahan warna pada skrin secara automatik berdasarkan lokasi dan waktu. Selain itu, anda juga boleh mengakses fungsi ini pada bahagian menu ‘Display’ dan mengubah betapa banyak kadar warna biru yang mahu ditapis selain menetapkan jadual akan bila fungsi ini diaktifkan.

Lebih banyak aplikasi ‘stock’ menyokong 3D Touch

Apple iOS 9.3 menambahkan lagi fungsi skrin 3D Touch yang ditawarkan pada iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Lebih banyak aplikasi Apple mula mempunyai pintasan yang berguna dan antara aplikasi yang terlibat adalah App Store, iTunes Store namun pintasa yang ditawarkan pada ikon Setting adalah yang paling menarik memandangkan anda boleh terus ke tetapan seperti Wi-Fi, Bluetooth atau Wallpaper secara terus.

Walaupun terdapat tambahan baru ini, kami pasti Apple akan menambah lebih banyak ciri baru yang mengambil kesempatan akan kelebihan yang dimiliki oleh 3D Touch ini.

apple ios 9.3 nightshift mobilefokus-1

Aplikasi Notes kini boleh disimpan dengan kata laluan dan capjari

Pada iOS 9.3, aplikasi Notes kini membolehkan anda melindungi setiap nota anda dengan kata laluan dan fungsi ini boleh diakses melalui Share Sheet.

Walaupun aplikasi Note kini hadir dengan fungsi keselamatan kata laluan dan capjari, masih terdapat sedikit kelemahan yang harus diperbaiki oleh Apple. Walaupun Nota ini tidak boleh dibaca, sesiapa sahaja boleh memadam nota ini walaupun ianya dilindungi dengan kata laluan atau capjari.
apple watch malaysia-2

Gunakan beberapa Apple Watch pada satu iPhone

Apple iOS 9.3 juga hadir dengan fungsi sokongan beberapa jam pintar Apple Watch pada satu iPhone yang mana ini bermaksud jika anda memiliki beberapa versi Apple Watch anda boleh memadankanya pada iPhone yang sama.

Walaubagaimanapun, kami 90% yakin bahawa fungsi ini tidak akan digunakan oleh pengguna di Malaysia memandangkan harga penjualan Apple Watch yang boleh mencecah sehingga RM 80,000.

siri malay support

Siri didalam Bahasa Melayu

SIRI yang merupakan bantuan suara Apple nampaknya akan mula hadir didalam sokongan bahasa tempatan apabila iOS 9.3 mula ditawarkan.

Ini bermaksud anda boleh meminta bantuan SIRI dengan menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk anda fahami namun seperti aplikasi Google Translate, SIRI juga dilihat menawarkan fungsi Bahasa Melayu yang lebih kepada Bahasa Indonesia.

Berikut adalah 5 fungsi baru yang akan dinikmati oleh pengguna peranti iOS tidak lama lagi dan ianya dilihat satu penambahan yang sebelum pelancaran Apple iOS 10 didalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.