Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ujian Pengeluaran Apple Watch 2 bermula tidak lama lagi

apple-watch-2-malaysia

Apple Watch telah diiktiraf sebagai jam pintar paling popular dengan penganggan pasaran melebih 50%.

Sebagai meneruskan lagi dominasi Apple di pasaran jam pintar, Apple akan melancarkan Apple Watch 2 tidak lama lagi dan laporan terbaru mengatakan ujian proses pengeluaran bagi generasi kedua Apple Watch ini akan dilakukan didalam masa terdekat.

Jam pintar ini sekali lagi akan dibina oleh Quanta namun terdapat juga kemungkinan syarikat lain seperti Foxconn dan Wistron dan Inventec turut serta mengeluarkan Apple Watch 2.

Apple dikatakan akan mengadakan majlis pelancaran Apple Watch 2 pada bulan Mac 2016 dan hujung tahun lalu, pengasas Quanta telah mendedahkan bahawa Apple Watch 2 akan dilancarkan pada suku kedua 2016. Ini bermaksud jika laporan bahawa Apple Watch akan dilancarkan pada bulan Mac, ianya mungkin akan mula dijual pada bulan April.

Ujian proses pengeluaran Appel Watch 2 ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa kesemua proses pengeluaran jam pintar ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan.

Sejumlah kecil Apple Watch 2 akan dikeluarkan dan Apple dengan kerjasama Quanta akan memeriksa kesemua fungsi Apple Watch 2 dan jika kesemua perkara yang dipertimbangkan adalah baik maka Apple akan memberikan ‘lampu hijau’ untuk memulakan proses pengilangan komersial.

Proses pengilangan Apple Watch mungkin bermula pada bulan Mac dan penjualan pada bulan April 2016 adalah sesuai memandangkan generasi pertama Apple Watch juga mula dijual pada bulan April 2015.

sumber

Comments

comments