Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Satu lagi model telefon pintar Lenovo telah dikesan di TENAA

lenovo-K52t38-tenaa-3

Lenovo dilihat sedang berusaha keras untuk memastikan nama syarikat ini sentiasa di hati pengguna.

Selepas pelancaran Lenovo Vibe X3 di Malaysia melalui Lazada, Lenovo juga telah memperkenalkan pencabar Xiaomi Redmi 3 di China iaitu Lemon 3 dan kini satu lagi model telefon pintar Lenovo telah dikesan di TENAA.

Telefon pintar ini hadir dengan nombor model “K52t38″ dan ianya dilihat mempunyai reka bentuk berasaskan keluli dan mempunyai persamaan seperti Redmi 3 namun dengan posisi kamera yang berlainan. Selain itu, telefon pintar Lenovo ini juga hadir dengan sensor capjari yang turut diletakkan di bahagian belakang.

Selain itu, penyenaraian TENAA turut mendedahkan bahawa telefon pintar Lenovo ini juga hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemprioses octa-core berkelajuan 1.8GHz, 2GB RAM dan memori simpanan dalaman 16GB.

Selain itu, bercakap mengenai kamera, model Lenovo ini hadir dengan kamera 13MP manakala kamera hadapan 8MP.

Spesifikasi lain yang dimiliki model Lenovo ini adalah sokongan 4G LTE , bateri berkapasiti 3500mAh, Android 5.1 Lollipop dan mempunyai ukuran dimensi 152 x 75.7 x 8.49 mm.

Selepas di kesan di TENAA, pelancaran model baru Lenovo ini dijangka akan berlaku di China dan model ini mungkin di tawarkan secara eksklusif di pasaran itu sahaja.

Seperti Lenovo Lemon 3, model Lenovo yang baru ini juga akan mempunyai harga penjualan yang berpatutan.

sumber

lenovo K52t38 tenaa lenovo K52t38 tenaa-1 lenovo K52t38 tenaa-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.