Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J1 (2016) didedahkan oleh evleaks

samsung-galaxy-j1-2016-color

Generasi pengganti kepada telefon pintar Samsung Galaxy J1 yang mempunyai nama yang sama dengan nama model Galaxy J1 2016 dilihat telah semakin hampir untuk menjadi realiti apabila beberapa gambar media model telefon pintar ini telah didedahkan oleh @evleaks yang sebelum ini juga pernah memberikan kita satu gambar asli Galaxy J1 (2016) ini.

Samsung Galaxy J1 (2016) juga telah dikesan di FCC di Amerika Syarikat dan ianya dikatakan akan hadir didalam warna hitam, putih dan emas.

Selain itu, Galaxy J1 (2016) akan hadir dengan skrin paparan 4.5-inci, pemproses quad-core Exynos 3475 berkelajuan 1.3GHz, 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman dan hadir dengan TouchWiz UI yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.

Dari segi kamera ianya hadir dengan kamera utama 5MP manakala kamera selfie telefon pintar ini adalah 2MP.

Selain spesifikasi ini, maklumat seperti kapasiti bateri , slot microSD , sokongan rangkaian 4G LTE belum di ketahui lagi buat masa sekarang.

Apa yang kita pasti adalah Samsung Galaxy J1 (2016) akan ditawarkan pada harga INR 6,686 atau sekitar RM 439 berdasarkan kadar pertukaran semasa.

Samsung Galaxy J1 (2016) dijangka akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi dan telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada golongan muda yang pertama kali membeli telefon pintar.

sumber

samsung-galaxy-j1-2016-black samsung-galaxy-j1-2016-gold samsung-galaxy-j1-2016-white

samsung-galaxy-j1-2016-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.