Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG akan melancarkan sesuatu di MWC 2016, adakah ianya LG G5?

LG-MWC-invite-lg-5

Selepas baru sahaja selesai CES 2016, LG dilihat sudah bersedia untuk satu lagi pameran produk elektronik yang akan diadakan pada bulan Februari iaitu MWC dan syarikat Korea ini telah mula menghantar jemputan ke media utama seluruh dunia mengenai sesuatu yang bakal dilancarkan di sana kelak.

Gambar ‘teaser’ ini hadir dengan satu kotak yang tertutup dan terdapat tulisan ‘Play’ dengan tarikh pelancaran turut disertakan.

Walaubagaimanapun, apa yang cuba disampaikan oleh LG melalui teaser ini masih belum jelas namun ianya dilihat seperti LG mahu melancarkan satu perkhimatan muzik yang baru.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan LG melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu LG G5 di MWC 2016 ini.

Bercakap mengenai MWC, ini adalah antara pentas untuk kebanyakan syarikat gergasi memperkenalkan telefon pintar utama terbaru mereka.

Antara syarikat yang dijangka akan melancarkan telefon pintar terbaru di MWC adalah Samsung iaitu Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge , HTC iaitu HTC One M, Sony iaitu siri Xperia Z6 dan banyak lagi.

MWC akan bermula didalam masa satu setengah bulan sahaja lagi dan sehingga itu kita pasti akan disajikan dengan lebih banyak ‘teaser’ dari kesemua syarikat yang mempunyai perancangan untuk melancarkan telefon pintar mereka di sana kelak.

LG G5 dijangka akan hadir dengan skirn paparan QHD, pemproses Snapdragon 820 dan banyak spesifikas yang mampu meletakkan model ini  bersama-sama telefon pintar utama syarikat lain.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.