Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Vibe X3 dibuka untuk tempahan di Lazada Malaysia

lenovo-vibe-x3-official-launch-6

Lenovo Vibe X3 yang dilancarkan di pasaran China pada bulan November lalu kini secara rasminya telah ditawarkan di pasaran Malaysia dan tempahan bagi model ini kini dibuka di Lazada Malaysia.

Bercakap mengenai skrin paparan Vibe X3 ini ianya hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi HD penuh dan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 3.

Vibe X3 ini hadir dengan pemproses Snapdragon 808, 3GB RAM, 32GB memori simpanan, slot microSD dan sokongan dwi-SIM 4G LTE dan dua pembesar suara Dolby Atmos di bahagian hadapan.

Beli Lenovo Vibe X3 di SINI

Lenovo Vibe X3 memiliki unit kamera 23MP Sony IMX230 dengan pemfokusan PDAF dan juga hadir dengan sokongan rakaman video 4K. Selain itu, terdapat juga kamera selfie 8MP.

Beralih kepada bateri pula, Lenovo Vibe X3 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,600mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan Qualcomm Quick Charge 2.0.

Beli Lenovo Vibe X3 di SINI

Beralih kepada harga penjualan Lenovo Vibe X3 ini di Malaysia, Lazada Malaysia menawarkanya pada harga RM 1,899 termasuk GST dan setiap pembelian telefon pintar ini melalui Lazada ini juga akan hadir dengan perkakas ‘casing’, kad microSD 64GB dan filem pelindung skrin.

Beli Lenovo Vibe X3 di SINI

Lenovo Vibe X3 ini ditawarkan didalam satu warna iaitu warna putih dan hadir dengan jaminan 12 bulan daripada Lenovo Malaysia.

Jika anda melakukan tempahan sekarang, penghantaran akan dibuat pada 19 atau 20 Januari 2016.

lenovo vibe x3 lazada malaysia

lenovo-vibe-x3-official-launch-3 lenovo-vibe-x3-official-launch-4 lenovo-vibe-x3-official-launch-5 lenovo-vibe-x3-official-launch-2 lenovo-vibe-x3-official-launch lenovo-vibe-x3-official-launch-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.