Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Lemon 3 dilancarkan secara rasmi – hanya RM 466

lenovo-lemon-3-2

Xiaomi telah melancarkan Redmi 3 yang mula dijual semalam dan habis didalam masa beberapa saat sahaja dan sebagai pencabar kepada telefon pintar hangat ini, Lenovo telah tampil dengan telefon pintar bajet mereka yang dikenali dengan nama yang sedikit unik iaitu Lemon 3.

Walaubagaimanapun, nama antarabangsa bagi model Lemon 3 mungkin berlainan dan terdapat kemungkinan ianya di beri nama Lenovo K4.

Lenovo Lemon 3 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci (Redmi 3 hanya hadir dengan skrin paparan 720p), pemproses Qualcomm Snapdragon 616 yang turut digunakan pada Redmi 3, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Lenovo Lemon 3 juga hadir dengan pembesar suara audio Dolby Atmos di bahagian belakang.

Beralih kepada kamera, Lemon 3 hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash LED manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Bercakap mengenai bateri pula, Lenovo Lemon 3 hadir dengan bateri berkapasiti 2750mAh iaitu jauh lebih kecil apabila dibandingkan dengan bateri 4100mAh yang dimiliki oleh Redmi 3.

Seperti Redmi 3, Lenovo Lemon 3 juga hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli.

Seperti Redmi 3, Lenovo Lemon 3 juga akan mempunyai harga penjualan CNY 699 (RM 466) dan telefon pintar ini mempunyai potensi untuk memberikan persaingan sengit kepada Redmi 3.

buat masa ini, tiada sebarang maklumat samada Lenovo Lemon 3 akan memasuki pasaran Malaysia namun jika menjadi kenyataan ianya pasti mendapat sambutan yang baik.

sumber

lenovo-lemon-3-3 lenovo-lemon-3-1 lenovo-lemon-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.