Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 Edge dikesan di AnTuTu – memiliki kamera 12MP

s7-1

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy S7 dijangka akan berlangsung didalam masa sebulan dua sahaja lagi dan adalah hampir pasti bahawa ianya akan hadir didalam dua versi iaitu Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Perbezaan utama antara kedua-dua telefon pintar ini adalah dari segi skrin paparan dengan skrin paparan 0.1-inci lebih besar berbanding Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.

Walaubagaimanapun, Satu telefon pintar yang dikatakan Galaxy S7 Edge dengan nombor model SM-G935A telah dikesan di pangkalan data ujian AnTuTu dan nampaknya model Galaxy S7 Edge ini mempunyai skrin paparan 5.1-inci.

Selain itu, kebanyakkan spesifikasi Galaxy S7 Edge ini adalah sama seperti yang dilaporkan sebelum ini iaitu skrin paparan Quad HD 1440 x 2560, pemproses Snapdragon 820, GPU Adreno 530 dan 4GB RAM.

Selain itu, pada bahagian kamera, Samsung Galaxy S7 Edge dilihat memiliki kamera utama 12MP dengan sensor 1/2″ yang lebih besar dan kamera ini dilihat hanya akan ditawarkan secara eksklusif pada model Edge sahaja.

Kamera 12MP ini dlihat sama seperti pada Google Nexus 6P yang dikeluarkan oleh Huawei dan teknologi kamera ini mampu menawarkan pengambilan gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya yang kurangl

Bercakap mengenai kamera Galaxy S7, ianya akan hadir dengan kamera 20MP yang menggunakan teknologi BRITECELL yang tidak kurang hebatnya dan kamera ini juga hadir dengan sensor RGWB.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan bulan Februari iaitu beberapa hari sebelum bermulanya Mobile World Congress di Barcelona.

s7 edge

 

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.