Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 9.3 akan hadir dengan fungsi ‘Night Shift’

apple ios 9.3 nightshift mobilefokus

Kemaskini Apple iOS 9.3 yang akan ditawarkan didalam masa terdekat dilihat akan hadir dengan ciri baru yang akan membantu anda mendapat tidur yang lebih baik.

Teknologi baru ini dikenali sebagai ‘Night Shift ‘ dan ianya akan ditawarkan khas kepada pengguna Apple iOS.

Syarikat gergasi Cupertino ini berkata kajian telah membuktikan bahawa pendedahan kepada cahaya biru pada waktu malam akan mempengaruhi rima circadian yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah untuk sukar tidur dan ciri ‘’Night Shift’ Apple iOS ini akan menyelesaikan masalah ini.

Teknologi ‘Night Shift’ ini berfungsi dengan mengambil maklumat waktu daripada jam dan lokasi anda untuk menganggarkan waktu matahari terbenam dikawasan anda. Selepas itu, peranti iOS anda akan mengubah warna kepada warna yang lebih malap apabila malam menjelma.

Teknologi ‘Night Shift’ ini akan menyebabkan pengunaan telefon pintar pada keadaan yang lebih selesa untuk mata sekaligus membantu anda mendapat tidur yang lebih nyenyak. Pada waktu pagi, warna skrin peranti iOS akan kembali kepada warna asal.

Pengguna Apple iPhone dan iPad yang sering berdampingan dengan telefon pintar pada waktu malam pasti menyambut baik ciri ‘Night Shift’ ini dan ianya dijangka akan tiba didalam masa terdekat.

Selain itu, satu lagi ciri baru yang akan hadir bersama-sama Apple iOS 9.3 ini adalah pada aplikasi Notes dimana anda boleh menulis sesuatu yang penting dan nota ini hanya boleh diakses oleh anda dengan menggunakan capjari atau kata laluan sebagai langkah keselamatan.

sumber

apple ios 9.3 nightshift mobilefokus-1

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.