Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3 akan memiliki kamera 13MP dengan PDAF dan dwi-SIM hibrid

xiaomi-redmi-3-malaysia-price-harga

Xiaomi Redmi 3 akan dilancarkan pada 12 Januari ini (esok) dan ianya sebelum ini telah disahkan akan hadir dengan akan hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh dan pemproses Qualcomm Snapdragon 616.

Dengan pelancaran hanya berbaki satu hari, pada hujung minggu lepas, Xiaomi telah mengesahkan beberapa lagi maklumat mengenai telefon pintar ini.

Maklumat pertama yang disahkan adalah Xiaomi Redmi 3 akan hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai teknologi pemfokusan ‘PDAF’. Pemfokusan ini mempunyai kepantasan pemfokusan 0.1 saat ianya turut dilengkapi dengan satu lampu flash Led. Bercakap mengenai kamera hadapan pula, walaupun tidak disahkan akan secara rasmi, Xiaomi Redmi 3 dijangka hadir dengan kamera hadapan 5MP.

Maklumat kedua yang telah disahkan akan ditawarkan pada Redmi 3 adalah sokongan dwi-sim Hibrid dimana pada slot pertama adalah untuk SIM manakala slot kedua boleh digunakan sebagai slot SIM dan juga sebagai slot kad microSD yang kini menyokong kapasiti sehingga 128GB.

Maklumat ketiga dan terakhir yang disahkan adalah Redmi 3 akan ditawarkan didalam warna emas dan walaupun warna ini dlihat sangat premium, Xiaomi mungkin terlepas pandang akan keadaan pasaran yang sangat tergilakan warna emas ros.

Apa pun, pelancaran Xiaomi Redmi 3 ini hanya berbaki 24 jam sahaja lagi dan dengan harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu sekitar CNY 699, Xiaomi Redmi 3 mempunyai segala potensi untuk menjadi telefon pintar terbaik didalam siri Redmi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.