Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony akan melancarkan satu model Xperia didalam warna pink esok

xperia pink smartphone-3

Minggu ini dilihat akan menjadi minggu yang sibuk bagi kebanyakka pengeluar telefon pintar utama di pasaran. Anda pasti sudah sedia maklum bahawa Xiaomi akan melancarkan Redmi 3 manakala Asus Malaysia akan melancarkan Asus Zenfone Zoom pada 13 Januari.

Kini satu lagi syarikat telah mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan satu telefon pintar baru pada 12 Januari.

Syarikat yang kami maksudkan adalah Sony dan Sony telah mengesahkan mereka akan melancarkan satu model telefon pintar dan ianya akan ditawarkan didalam warna merah jambu atau emas ros.

Sony telah memuat turun 6 gambar yang menunjukkan dengan jelas telefon pintar ini akan hadir dengan warna baru dan terdapat kemungkinan tinggi bahawa Xperia Z5 akan ditawarkan didalam warna merah jambu.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan bahawa Sony melancarkan satu model Xperia baru yang telah pun diperkatakan sebelum ini dimana ianya hadir dengan elemen warna emas ros sama seperti pada Apple iPhone 6s.

image

Telefon pintar ini dikatakan adalah telefon pintar kelas pertengahan dan akan diletakkan didalam senarai model didalam siri Xperia C iaitu Sony Xperia C6.

Pelancaran telefon pintar baru atau Xperia Z5 didalam warna merah jambu ini membuktikan bahawa permintaan bagi warna ini sangat baik di pasaran telefon pintar dunia.

sumber

xperia pink smartphone xperia pink smartphone-1 xperia pink smartphone-2 xperia pink smartphone-3 xperia pink smartphone-4 xperia pink smartphone-5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.