Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fitbit telah menyelamatkan nyawa seorang pelajar

image

Seorang pelajar mendakwa bahawa satu peranti Fitbit telah menyelamatkan nyawa beliau dengan memberikan bacaan kadar degupan jantung tiga kali ganda berbanding jumlah degupan per minit.

Sarah-Jayne McIntosh telah menerima peranti kesihatan Fitbit yang hadir dengan sensor pengukur degupan jantung sebagai hadiah hari Krismas.

Beliau ternyata bertuah kerana pelajar berusia 18 tahun ini mendapati kadar degupan jantung beliau naik mendadak dari 84 degupan per minit kepada 210 degupan per minit.

Beliau telah menghubungi NHS 111 dan mereka telah menasihatkan beliau mendapatkan ambulans dengan segera.

image

Ujian hospital menunjukkan bahawa Sarah mengalami jantung “terlalu aktif” dan mempunyai risiko untuk mengalami serangan jantung yang boleh mengakibatkan kematian.

Beliau berkata ” saya mungkin sudah tiada jika kerana Fitbit ini, saya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dimana saya tidak merokok, minum arak atau mengambil sebarang ubat-ubatan. Doktor berkata bahawa jantung saya sedang melakukan maraton tanpa menggunakan kaki sy.

Doktor memberikan kejutan untuk mengembalikan kadar degupan normal namun ianya tidak berkesan sebeeum ubatan yang diberikan berjaya mengembalikan degupan jantung beliau ke tahap biasa.

Sarah-Jayme kemudian kembali ke Universiti beliau dan beliau mengesyorkan bahawa setiap orang patut membeli Fitbit kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

Laporan ini menyusul selepas minggu lalu Fitbit telah di dakwa sebagai ‘sangat tidak tepat’ pada satu kes di mahkamah Amerika Syarikat.

sumber

Fitbit Surge
Fitbit Surge
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.