Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dan Beats dilaporkan membangunkan earphone tanpa wayar untuk iPhone 7

image

Jika anda mengikuti laman sesawang kami, anda pasti terlihat berita bahawa terdapat satu petisyen terhadap Apple yang dikatakan akan menyingkirkan penggunaan slot 3.5mm audio pada Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Pengguna yang telah menyokong petisyen ini kini telah mencecah hampir 215,000.

satu laporan dari sumber dalaman Apple juga memperkukuhkan lagi khabar angin ini dan mengatakan syarikat Cupertino ini kini sedang berkerjasama dengan Beats Electronics yang juga merupakan salah satu anak syarikat Apple untuk membangunkan satu earphone tanpa wayar untuk dilancarkan bersama-sama Apple iPhone 7 pasa bulan September ini.

Earphone tanpa wayar ini mungkin akan dikenali sebagai Airpods dan Apple telahpun memperoleh hak cipta nama Airpods ini.

Selain itu, aksesori baru ini dikatakan akan turut hadir dengan mikrofon yang digunakan untuk mengurangkan gangguan bunyi dan juga berfungsi untuk mengaktifkan siri.

Selain itu, tidak akan ada sebarang port pengecasan pada earphone tanpa wayar ini dan ianya mungkin hadir dengan bateri yang terbina didalam.

Jika anda fikir earphone tanpa wayar akan ditawarkan bersama-sama pembelian iPhone 7, anda mungkin silap kerana aksesori sama seperti ini mempunyai harga penjualan yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, Apple iPhone 7 disahkan akan hadir dengan satu earphone didalam kotak dan ianya akan disambungkan kepada iPhone melalui port lightning.

image

image

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.