Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy View tiba di Malaysia minggu hadapan

samsung galaxy view-3Samsung Galaxy View, tablet gergasi yang dilancarkan pada penghujung bulan Oktober yang lalu nampaknya akan mula ditawarkan di Malaysia minggu hadapan dan dengan harga penjualan RM 2,699.

Samsung Galaxy View hadir dengan skrin paparan TFT LCD 18.4-inci dengan resolusi 1080p dengan kepadatan piksel berada pada kadar 123ppi.

Samsung Galaxy View hadir dengan satu pemegang yang mudah dan ini direka khusus kerana berat tablet ini yang mempunyai berat hampir 2.65kg.

Samsung Galaxy View turut hadir dengan bateri berkapasiti 5700 mAh yang mana syarikat ini mendakwa ianya mampu memainkan video tanpa henti selama 8 jam didalam satu cas penuh. Selain itu, sebagai pelengkap kepada tablet gergasi ini hadir dua pembesar suara stereo 4W yang akan menjadi penghibur anda.

Dari segi dalaman pula, Samsung Galaxy View hadir dengan pemproses Exynos 7580 berkelajuan 1.6GHz, 2GB RAM dan hadir didalam dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB namun hanya versi 32GB akan ditawarkan di Malaysia.

Selain itu, Galaxy View turut hadir dengan kamera 2.1MP khusus untuk panggilan video, Bluetooth 4.1 BLE, Wi-Fi 802.11ac dan slot nano SIM yang menyokonga 4G LTE.

Samsung dilihat memfokuskan tablet gergasi ini sebagai peranti media dan mengutamakan untuk tontonan video.

Samsung Galaxy View ini akan ditawarkan didalam warna hitam dan dengan harga penjualan RM 2,699.

maklumat lanjut di Samsung Malaysia

sumber

samsung galaxy view-2 samsung galaxy view

galaxy-view-official-1

GalaxyView_Malaysia_price

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.