Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[Eksklusif] Samsung Galaxy A7 (2016) telah dikesan di SIRIM

samsung galaxy a

Jika semalam dua model didalam siri Galaxy A bagi tahun 2016 iaitu Galaxy A3 dan Galaxy A5 dikesan di pangkalan data SIRIM, kini tiba giliran satu lagi model Galaxy A 2016 membuat lawatan ke SIRIM.

Samsung Galaxy A7 (2016) kini telah mendapat pengesahan SIRIM dan ini memberikan kita maklumat bahawa kesemua model Galaxy A (2016) kecuali A9 akan dilancarkan di Malaysia didalam masa terdekat.

Samsung Galaxy A7 (2016) hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,300mAh dan slot microSD.

Selain itu, Samsung Galaxy A7 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai OIS manakala kamera selfie adalah 5MP. Kedua-dua unit kamera ini mempunyai aperture f/1.9

Samsung Galaxy A7 2016 seperti yang diduga juga hadir dengan sensor capjari, sistem pembayaran Samsung Pay dengan MST ‘Magnetic Secure Transmission’, LTE Cat.6 dan terdapat juga versi dwi-SIM.

Samsung Galaxy A7 (2016) ini akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu warna hitam, putih, emas dan emas ros yang merupakan warna hangat di pasaran telefon pintar.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harga penjualan Galaxy A7 ini diketahui namun ianya dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar €469 iaitu atau RM 2,104 berdasarkan kadar pertukaran semasa.

Samsung-Galaxy-A7-2016

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.