Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Camera MX menawarkan pengambilan gambar ‘Live Photo’ seperti iPhone 6s

camera mx playstore

Jika anda sentiasa mengikuti dunia teknologi, anda pasti sedar bahawa Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang dilancarkan September tahun lalu telah hadir dengan satu ciri pengambilan gambar yang baru yang dikenali sebagai Live Photo.

Bagi pengguna Apple iPhone, jika anda mahu fungsi pengambilan gambar yang baru ini, anda semestinya harus membeli Apple iPhone 6s dan 6s Plus kerana ciri tidak ditawarkan pada telefon pintar Apple yang lain walaupun dengan kemaskini iOS 9.

Fungsi Live Photo ini adalah satu fungsi pengambilan gambar seperti video dimana fungsi akan mengambil video 1.5 saat sebelum dan 1.5 saat selepas anda menekan butang untuk mengambil gambar. Gambar ini boleh dimainkan dengan menekan skrin berdasarkan teknologi 3D Touch yang juga eksklusif pada iPhone 6s dan 6s Plus.

camera mx liveshot

Walaubagaimanapun, jika anda pengguna Android, anda kini boleh memiliki ciri pengambilan gambar yang sama dengan seperti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dengan memuat turun aplikasi Camera MX di Play Store.

Camera MX ini hadir dengan ciri yang dikenali sebagai Live Shot namun fungsinya adalah sama seperti Live Photo.

Tidak seperti ciri Live Photo iPhone 6s dan 6s Plus, ciri Live Shot aplikasi Camera MX menawarkan lebih kebebasan kepada pengguna dimana anda boleh menetapkan jangka masa video tersebut diambil.

Selain itu, video ini juga boleh dikongsikan kepada aplikasi permesejan dan media sosial.

Aplikasi Camera MX ini adalah percuma dan anda boleh memuat turunya dibawah

Camera MX Google Play Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.