Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry akan melancarkan satu atau dua peranti Android tahun ini

bb john chen blackberry

Telefon pintar pertama BlackBerry yang menggunakan sistem operasi Android iaitu BlackBery Priv dikatakan telah mendapat sambutan yang hangat dan syarikat ini dikatakan akan meneruskan strategi ini bagi model telefon pintar BlackBerry yang bakal dilancarkan tahun ini.

Ketu pegawai eksekutif BlackBerry, John Chen berkata penjualan BlackBerry Priv adalah bagus sekaligus memberikan petunjuk bahawa keputusan syarikat ini untuk beralih kepada sistem operasi Android adalah sesuatu yang tepat. Beliau berkata penjualan Priv semakin baik dan beliau optimistik ianya mampu membantu kedudukan kewangan syarikat ini.

Chen turut mendedahkan bahawa satu atau dua lagi model BlackBerry dengan sistem operasi Android akan dilancarkan tahun ini.

BlackBerry Priv yang kini ditawarkan di 31 negara seluruh dunia juga ditawarkan telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,599.

Penjualan telefon pintar BlackBerry bagi tahun ini adalah sangat mustahak kerana ini akan menentukan masa depan syarikat ini didalam perniagaan telefon pintar. Chen mendedahkan bahawa jika BlackBerry tidak mencapai keuntungan pada tahun 2016, beliau akan menjual perniagaan telefon pintar BlackBerry ini namun dia yakin 2016 akan menjadi tahun yang baik untuk syarikat ini.

Bercakap mengenai sistem operasi BlackBerry 10, syarikat ini berkata bahawa tiada model telefon pintar dengan BB10 OS akan dilancarkan didalam masa terdekat namun syarikat ini sedang mendapatkan pensijilan keselamatan negara bagi membolehkanya digunakan oleh kakitangan kerajaan.

sumber

image image image image
 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.